di sana...
ku lihat mereka berebut membeli makanan
katanya buat mengisi perut
yang dikosongkan seharian
namun dalam perebutan
ku terlepas satu pandangan
ada insan menadah tangan
yang perutnya entah berapa lama kekosongan
yang pada matanya penuh pengharapan
melukut pada manusia yang asyik kerakusan
yang hanya tahu lapar bilamana tibanya Ramadhan
Dalam perebutan itu,
telah nampak samar-samar bayangan pembaziran
Mereka ada wang untuk dihabiskan
Tanpa menghirau tangan-tangan yang masih kekosongan
Pernahkah mereka tanya pada sesetengah insan
"Apakah yang akan kamu makan??"
Selepas mereka menjadi malas kekenyangan....
Sat 6-Sep-2008 23:48 Posted by:Moment Capture - [Link]